Monday, February 1, 2010

PERMOHONAN KEAHLIAN KGSK 2010

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010, permohonan calon untuk menjadi guru ganti di sekolah-sekolah dalam PPD Bachok perlu menjadi ahli KGSK terlebih dahulu. Kelayakan menjadi ahli perlu memenuhi salah satu kriteria berikut:

1. Pesara guru - kad pesara perlu disertakan bersama permohonan
2. Lepasan Ijazah/Ikhtisas Perguruan atau Pendidikan - Transkrip akademik atau pengesahan IPT diperlukan
3. Mempunyai pengalaman mengajar sama ada sebagai guru ganti, guru tuisyen atau tadika- Dokumen sokongan DIMESTIKAN.

Monday, September 1, 2008

Latar Belakang Dan Objektif KGSK

Latarbelakang
Persidangan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1-4 November 2002 telah meluluskan satu resolusi ke arah penubuhan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) atau National Reserve of Teachers (KGSK).

Kertas dasar berhubung dengan penubuhan KGSK telah dibentangkan di mesyuarat Hal-hal Profesional Bil. 01/2003 yang dipengerusikan oleh KPPM pada bulan Mac 2003. Mesyuarat bersetuju supaya kertas kerja yang lengkap disediakan untuk dibawa ke mesyuarat Pengurusan KPM.

Kertas dasar yang sama juga telah dibentangkan di mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan yang dikemukakan bagi penubuhan KGSK ini telah mendapat sambutan positif memandangkan keperluan guru ganti di sekolah di bawah pentadbiran KPM yang semakin mendesak.

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru ganti yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak.

Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari. Kekosongan sementara yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti.
Objektif

Mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman.

Contoh ketiadaan guru:
1. Cuti Menunaikan Haji
2. Cuti Sakit
3. Cuti Bersalin
4. Cuti Rehat Khas
5. Cuti Tanpa Gaji / Cuti Bergaji Penuh
6. Bertugas dlm. akt. Kokurikulum / koakademik
7. Kursus Dalam Perkhidmatan
Mekanisme Pelaksanaan

- Ahli KGSK adalah layak untuk menggantikan ketiadaan sementara guru yang bercuti atau
tugas luar antara 1 hingga 365/366 hari
- Guru ganti biasa hanya layak menggantikan ketiadaan sementara guru bercuti atau tugas luar
tidak kurang 28 hari bertugas.

AHLI KGSK

(A) Guru Bersara Wajib / Pilihan
1. (SW) Pesara Guru Siswazah
2. (BS) Pesara Guru Bukan Siswazah

(B) Pemegang Kelayakan Ikhtisas Perguruan
3. (SW1) Siswazah dengan pendidikan
4. (BS1) Diploma pendidikan

(C) Bekas GSTT 6 bulan atau Guru Ganti sekurang kurangnya 1 tahun
5. (SW2) Siswazah dalam pelbagai disiplin
6. (STPM) Bekas GSTT/Guru Ganti STPM/Diploma
7. (SPM) Bekas GSTT/Guru Ganti SPM